BUKAN NASIHAT LAGI SETELAH BERLAKU

Image

Dari masa ke semasa, kita terlupa bahawa tempat yang kita sedang duduki ini sebenarnya realiti. Untuk dijadikan bekalan ke alam sana kelak. Benar, ramai yang berpendapat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara,dan  bersifat khayalan. Realiti yang cuba dimaksudkan di sini adalah sebagai bekalan amalan kita ke alam sana nanti sama ada baik atau buruk amalan kita selama ini. Bukankah di muka bumi Allah ini kita banyak menghadapi realiti kehidupan berbanding khayalan sendiri sebagai tarbiyah hidup dari Allah. Sesiapa yang tidak cuba untuk menghadapi realiti, bukankah itu bermaksud dia telah renggang talinya dengan Penciptanya iaitu Allah subhanahu wa ta’ala. Manusia itu bersifat pelupa. Kenapa Allah ciptakan makhluknya itu insan sebagai pelupa? Rupa-rupanya ada hikmah Allah jadikan ini semua. Pertama, supaya kita tidak terlalu mengingati masalah duka kita yang lepas. Kedua, supaya kita lupakan kesalahan orang yang berbuat zalim atau kesalahan yang besar kepada kita. Ungkapan maaf adalah yang terbaik. Bagaimana pula jika lupa pada Allah? Itu baru kealpaan kita pada manusia.

Allah telah berfirman:

 “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka  lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang yang fasik.”

(SURAH AL-HASYR:19)

LUPA YANG BAGAIMANA KITA INI

Sungguh Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui akan perasaan jiwa makhluk ciptaanNya. Siapa kita untuk melanggar sunnatullah. Sememangnya itu yang Allah kehendaki. Tetapi kelupaan yang disengajakan seperti meninggalkan ibadah wajib seperti menunaikan solat lima waktu sehari semalam, menunaikan zakat, menunaikan hak-hak anak yatim, itu sudah dikira sebagai kelalaian diri sendiri kerana sudah lahir lagi kita dalam suasana Islam. Pastinya ada yang mendidik kita untuk beribadah. Jika tiada, mungkinkah kerana Allah belum memberi hidayah? Tidak mungkin. Kerana hidayah Allah itu sebenarnya sudah bercahaya dalam hati setiap orang islam, Cuma mahu atau tidak mahu sahaja untuk menerimanya. Rugilah bagi sesiapa yang mendapat hidayah Allah tetapi menolak. Kita takut Allah tak akan beri hidayah untuk kali kedua.

SEPERTI MENYALAKAN API DALAM HUJAN

Banyak yang telah kita dengar kisah hidup manusia yang menyesal setelah perkara tersebut berlaku. Kenapa sebelum bermulanya perkara tersebut, kita tidak fikir baik buruk masa hadapannya. Kenapa setelah berlaku baru mahu difikirkan. Bukankah ini perspektif yang harus diubah.

“Kan mak dah cakap, jangan tunggang motor laju-laju?, ha inilah padahnya tak mahu dengar cakap mak.” Celoteh seorang emak kepada anaknya yang tersayang itu.

Setelah berlaku perkara tersebut, hospital lah jawabnya untuk beradu. Tiada lagi tilam empuk dan makanan sedap seperti di rumah. Semuanya di sediakan oleh pihak hospital tetapi menanggung, merasa, menahan sakit itu dia. Apabila datang rakan-rakannya melawat, barulah kalut untuk memberi nasihat kepada rakan-rakannya tersebut agar tidak mengulangi kesalahan seperti yang telah dilakukan si dia. Kenapa setelah berlaku baru menyesal. Itulah realiti kehidupan kita atas muka bumi Allah ini. Lupa pada bukan tempatnya. Bukankah semua sudah sedia maklum tunggang motorsikal laju-laju itu bahayakan nyawa. Jika bukan nyawa kita, mungkin nyawa orang lain yang terlibat. Masalah besar akan berlaku jika orang kita langgar tersebut meninggal dunia. Tambahan si dia pula tiada lesen memandu yang sah. Ini lagi parah. Berfikiran masa hadapan itu penting. Jangan fikir seronok sahaja tanpa fikir buruknya pula.

Sepatutnya setelah berlaku  perkara tersebut yang kita tahu buruk, tak layak untuk kita memberi nasihat kepada orang lain. Nampak agak keras penegasan ini. Ini adalah supaya kita tidak akan mengulangi kesalahan kedua lagi. Beringat sebelum terkena itu bagus.

Ingatlah:

“HARAPAN SELALU ADA, CUMA MASA YANG MENENTUKAN KAPAN UNTUK MENGGAPAINYA.”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s