SEMERBAK KUNTUMAN WARDAH SYURGA

Tika diri diintai insan bernama lelaki

Mahu saja insan bergelar wanita itu beritahu sedunia

Aku diminati dalam diam rupanya

Tetapi kerana apakah

Kerana kecantikkan, kehartaan, keturunan, agama

Lelaki itu cuba meletakkan kecantikkan yang pertama

Si wanita terima seadanya kerana nafsu

Inikah dinamakan cinta pertama

Pegangan agama wanita si lelaki nampak samar sahaja

Bermesej, bergayut, bertukar hadiah, berjumpa

Semuanya dimamah nafsu yang tidak halal

Perancangan menuju mahligai bahagia semakin muncul

Harapan selalu ada cuma tidak tahu kapan berlaku

Manis sungguh kalimah-kalimah cinta si lelaki

Si wanita selalu mengiyakannya agar terjadi realistik bukan fantasi

Setiba saja si lelaki tidak membalas mesej

Tidak mengangkat panggilan telefon

Tidak mahu memberi hadiah pelbagai lagi

Tidak mahu berjumpa lagi

Si wanita hatinya sangat lembut

Sekali terluka berusaha untuk memaafkan

Dua tiga kali terluka mampu menguntaikan lagi kemaafan

Hati menangis kerana memikirkan keegoan lelaki itu

Kerana kecantikkan tak pernah kekal

Hanya kecantikkan dan keindahan Allah yang kekal

Yang kekal untuk hambaNYA adalah pegangan agama

Selagi kuat pegangan semakin dekat diri pada Maha Pencipta

Berpisah jualah dua insan yang mulanya bersatu cinta

Tidak menyalahkan si lelaki kerana berbuat demikian

Tetapi menyalahkan diri sendiri kerana percaya dengan lelaki itu

Perpisahan yang paling menyeksa

Ketika kebahagiaan di letak di atas pengharapan paling tinggi dalam kehidupan…

af

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s