LUMBAR SPONDYLOSIS Part 2…

SAMBUNGAN….. INI HANYALAH PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI, BUKAN UNTUK BERLEBIHAN 🙂

Doktor Pakar Ortopedik ni suruh rujuk kembali ke Hospital kat daerah tempat tinggal aku. Alhamdulillah, ada klinik pakar kat hospiral daerah aku tu, tak payah susah-susah nak ke Taiping lagi. Lagi sekali doktor pakar tanya “HISTORY”. Macam biasa, dengan gaya bersahaja, bentuk penceritaan yang sama aku sampaikan. Tapi doktor  kurang faham apa yang pakar tulis dalam surat rujukan tu, maklumlah pakar, lagi pakar lagi tak paham apa yang ditulis. Ketawa sebentar aku mendengar celotehan doktor itu. Tulisan doktor, sekali kita baca, memang tak fahamkan.. Doktor minta aku x-Ray sekali lagi sebab setakat dia faham dalam surat tu, tulang aku spondylosis. Selalunya terjadi dalam kalangan warga tua ke arah proses penuaan. Dia terkejut sebab umur aku baru 20 tahun dah ada sakit macam orang tua. Ketawa lagi aku dalam hati. 🙂

Esoknya datang, jumpak doktor tersebut. Tiba-tiba doktor tanya aku, dah ada pakwe ke? Kri,krik, krik…. Haha, terkejut aku. Katanya usia kamu muda, kena kahwin awal, takut kahwin 30 tahun ke atas, nak bersalin, tulang di bahagian tu tak dapat nak support. Muka aku bersahaja sahaja… ^_^ Doktor kata lagi, sebab kamu muda, kamu kena buat kerja, bagi aktif badan tu, jangan duduk dan layan sakit tu. Tulang ni takkan baik sepenuhnya dah. BAIK DOKTOR 🙂

Doktor minta aku buat temujanji dengan bahagian Fisioterapi. Dah tiba masanya, aku pun pergi. Wah, “HISTORY” ditanya lagi oleh doktor fisioterapi ni. Seperti biasa, bentuk penceritaan yang sama diceritakan. Memang terasa seperti dalam sauna dan spa semasa fisioterapi tu. Hahaha

Pendaftaran Ijazah bakal bermula, temujanji dengan pihak fisioterapi di hospital daerah aku ni tak mengizinkan aku untuk pergi untuk kali ke2. Surat rujukan di buat. Tertera “LUMBAR SPONDYLOSIS” di atas surat rujukan tersebut.

Seminggu selepas minggu orientasi  a.k.a Ta’aruf weeks, sempat gak aku pergi ke klinik universiti aku ni untuk mengetahui rawatan selanjutnya. Doktor buat surat untuk pergi bahagian Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur. Tiba masanya aku pergi dengan seorang teman rapat perempuan  di tempat pengajian aku ni menaiki bas. Sampai di sana, tak sesat. Allah mudahkan jalan. Senang ja cari jabatan fisioterapi tu. Seorang akak yang comel a.k.a Doktor Fisioterapi  ajar 6 senaman untuk kuatkan tulang aku ni. Sebelum tu, “History” ditanya lagi, cerita jalah perkara yang sama. Aku ikut ja step yang di ajar dan cuba praktikkan di bilik mahallah aku ni. Sebelum balik, aku tanya doktor tu, sakit ni, ada masa-masanya akan rasa sakit? Doktor cakap, ya. Lainlah kalau urat. Sengal-sengal ni. Tulang tak sepenuhya. Baik doktor, saya faham 😉 Doktor kata, nak ambil barang yang terjatuh, jangan tunduk terus, jatuhkan ke2 kaki, baru ambil. Selalu buat macam tu, kesan masa depan tak baik nanti. Tak payah pergi buat  fisioterapi dah, sebab student susah nak keluar-keluar dari kelas ni.  Setiap kali dapatkan rawatan di hospital, ubat pil penahan sakit selalu aku dapat. Makan time sakit ja, sebab ada kesan yang lain pula nanti kalau makan, padahal tak sakit pun masa tu. ;/ Setelah search internet, hanya 16% sakit ini melanda dalam kalangan remaja tahun 2010, sekarang tak pasti, erk :/ …. Sekarang, ada time-time dia rasa sakit, duduk tak sampai sejam, akan rasa sakit, berdiri ja lah. Paling nak sangat, berbaring,lega sikit. Masa tidur, macam robot ja, haha, sebab nak luruskan badan tu… Apa beza penyakit dengan sakit?

“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”     (SURAH AS-SYU’ARA’:80)

Image

pil penahan sakit, tak makan sangat pun, tapi bila SANGAT SAKIT tu datang, makan….

Image

kakak second suggest untuk makan ni, akak yang belikan, ala-ala supplemen untuk kuatkan tulang…

Image

6 cara senaman kena praktikkan kuatkan tulang ni 🙂

Advertisements

4 thoughts on “LUMBAR SPONDYLOSIS Part 2…

  1. Semoga kuat dan tabah menghadapi segala bentuk ujian…

    Semoga sembuh dgn baik…

    Don’t stop writing…
    Km suka membaca kisah pengalaman hidup seseorg..InsyaAllah ada ibrah boleh diambil..

  2. Salam..saya sama macam awak, dapat tahu lumbar spondylosis sept 2016..saya ada soalan nak tanya la, boleh tak wassap saya, 013-2645568, ain, thanks ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s