LUMBAR SPONDYLOSIS Part 1…

~JANGAN  ASYIK BERKATA SAKIT, KERANA IA BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT UNTUK TERUSKAN PERJALANAN HIDUP INI, SENTIASALAH BERFIKIRAN POSITIF UNTUK HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA~

                                                                                                                                                                        travelogtinta.wordpress.com

Cuti semester selama 3 bulan, siapa tak seronok, macam-macam sudah ada dalam perancangan. Nak kerja untuk tambah sikit duit poket, atau duduk rumah tolong mak ayah, atau goyang kaki ja. Ha ha     Mana boleh goyang kaki, bagi aktif sikit urat saraf badan tu.

“Mak, ayah, cuti 3 bulan ni orang nak kerja kat tempat lama yang kat kedai pak cik hari tu”, aku memberitahu kedua mak ayah aku. Keduanya membenarkannya. Alhamdulillah dapat tambah duit poket.  Yeay!!! Esoknya telefon tauke a.k.a majikan, hihi… Pak Cik kata ada kosong, aku pun masuk selepas 2- 3 hari selepas telefon tu. Tak sangka harga semua sama sahaja seperti dahulu, maklumlah selepas PRU13 ni, ngeeee……….aku pun berniaga macam biasa.

Nak dijadikan cerita, sebelum aku masuk kerja ni, aku dah perasan tulang area bawah pinggang aku ni sakit. Tak sangat lah kan, tapi sakit kot. Hah macam mana tu? Sebab tidur dalam bilik kakak yang dah kahwin, sebab tilam dia tu kot tak sesuai dengan tulang aku. Kakak kata dapat  tulah sebab tidur dalam bilik dia. Haha, dah alang-alang kakak balik rumah mak mertua dia, tumpang tidur dalam bilik kakak. Malas nak tidur kat atas. Malas naik tangga tu satu hal.

2-5 hari selepas tu, bangun pagi, rasa yang sakit amat. Nak solat ja, solat duduk. Kerana ISLAM itu mudah, memang solat secara duduk pilihan terakhir. Kadang-kadang rasa kuat untuk berdiri, sampai rakaat ke2, sakit sangat, terus solat duduk. Paling sakit masa tu, nak rukuk tu. Sakit, Allah sahaja yang tahu. Allah yang telah mencipta kesakitan, kepada Allah jualah segala kesembuhan kembali. Allahu Akhbar >_<

Mak kata jom la pergi hospital, kot-kot ada ketumbuhan ka, patah ka, kita tak taw sakit dalam tu. Setelah mendengar nasihat mak, aku pun pergi dengan mak naik motor. Tak sengaja mak terlanggar lopak, aku mengeluh sakit… Sampai sahaja hospital, Doktor berbangsa Cina yang cek aku tanya-tanya lagu tu ja, dapat ubat sapu dengan pil penahan sakit. Nak cakap, time rukuk sakit kat doktor tu, paham ke dia nanti, hehe. Doktor kata sakit gak, mai minggu depan.

Beberapa hari kemudian, sakit yang amat kembali, solat duduk untuk beberapa hari time tu. Pagi tu jugak ajak seorang  kawan baik kampung aku temankan aku pergi hospital. Mak tak boleh temankan, sebab ada hal pagi tu. Tak sangka, aku boleh lagi bawak kawan aku time tu tunggang motosikal. Memang jumpak saja lopak, aku elakkan daripada terlanggar. Lesen kereta time tu tak dak lagi.

Giliran pun tiba, seorang doktor perempuan berbangsa Cina jugak, aku cakap nak tunduk sakit, doktor suruh buat X-Ray, keputusannya, doktor kata, tulang(lumbar sacral) lemah sikit, doktor buat surat untuk di rujuk ke pakar Ortopedik kat Hospital Taiping.  Dah tiba masanya, aku pun masuk, besar gak la hospital ni, memang exercise dengan mak ayah aku pagi tu cari klinik Ortopedik. Doktor pelatih ni kebanyakannya berbangsa India. Doktor tanya “HISTORY” sebab sakit ni. Aku hanya ada 2 kemungkinan, First, sebab angkat kotak yang berat-berat semasa kerja. Second, jatuh main bola jaring semasa kat Pusat Asasi, ingat lagi, jatuh pinggang dulu, baru kaki dan kepala sebab nak rebut bola. Ganas betul. Tapi selepas bangun dari jatuh tu, tak rasa apa-apa. Tapi ada satu perasaan kata, tulang jatuh dulu, bahaya ni…. Aku cakap kat doktor, jatuh main bola jaring. Doktor kata takut ada ketumbuhan, kena pergi ambil darah. Sebulan selepas itu, datang dengan mak dan kak nak taw resultnya di hospital yang sama. Doktor pakar Ortopedik kata, tulang kamu sikit patah… Tergamam sebentar seketika………

Image         lumbar_vert

 

2 thoughts on “LUMBAR SPONDYLOSIS Part 1…

  1. Akma..awat hang? Aku tak baca lagi. tapi seems like kau ada penyakit. Benarkah?
    Nanti share dengan aku ya. Aku sayang kau.

    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s