SEBELUM MENGELUH

Hari ini kita merasakan bahawa kitalah yang paling banyak sekali dugaan dalam hidup. Orang lain tak faham situasi yang kita sedang hadapi sekarang. Orang hanya tahu beri ungkapan “Bersabarlah”. Kita merasakan ungkapan itu tak sepenuhnya beri kata semangat dalam hidup kita. Kita mungkin mahu orang lain pula berada dalam keadaan yang kita berada itu. Betul, setiap dugaan yang Allah beri kepada hambaNya tidak sama.
Ada hikmah disebaliknya. Kita mungkin tak nampak hikmah itu depan mata kita sekarang itu, tetapi hikmah yang Allah nak tunjuk itu, mungkin lambat sikit. Kita yang perlu cari hikmah yang tersembunyi itu. Janganlah bersedih duhai hati… Ramai lagi insan yang yang memerlukan sesuatu yang kita ada tapi kita sendiri tak reti nak bersyukur kepada Allah.

1. Hari ini kita dapat berbicara dengan menggunakan ungkapan yang tidak baik, ingatlah insan lain yang sama sekali tidak boleh berbicara tetapi mahu bercakap ke arah kebaikan.
2. Sebelum kita mengeluh rasa makanan yang ada depan mata kita, fikirlah insan lain yang langsung tiada apa-apa untuk dijadikan alas perut sekurang-kurangnya.
3. Sebelum kita mengeluh bahawa kita tidak mempunyai apa-apa dalam hidup ini, ingatlah insan lain yang meminta-minta di tepian jalanan.
4. Sebelum kita mengeluh bahawa kitalah yang paling hitam kisah silam kita, ingatlah insan lain yang mempunyai kisah hidup paling terburuk sekali dalam hidup dia.
5. Sebelum kita mengeluh dengan perangai suami atau isteri kita, ingatlah insan lain yang belum dikurniakan seorang jodoh lagi dalam hidup dia. Cubalah belajar menghargai seseorang walaupun pahit pada mulanya. Semoga manis di penghujungnya.
6. Hari ini kita mengeluh tentang perkara kejahatan yang telah dilakukan, fikirkan insan lain yang belum sempat bertaubat tetapi telah dijemput mengadap Ilahi. Beristighfar itu terbaik.
7. Hari ini kita mengeluh dengan tabiat buruk anak kita, fikirkan pasangan lain yang belum dikurniakan seorang anak yang sangat ingin memiliki seorang cahaya mata dalam hidupnya sekurang-kurangnya.
8. Sebelum mengeluh yang perjalanan yang bakal kita tempuh untuk menuju ke suatu tempat yang sangat jauh, fikirkan seseorang yang tiada langsung memiliki sebarang kenderaan untuk ke destinasinya hanya berjalan kaki sebagai kenderaannya.
9. Sebelum kamu mengeluh dengan pekerjaan yang kamu miliki sekarang, fikirlah insan lain yang tidak sempurna anggota badannya tetapi mahu bekerja.
10. Sebelum kamu menunding jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.

Advertisements

5 thoughts on “SEBELUM MENGELUH

  1. Tahniah. Sejujurnya aku tidak tahu yang kau punya bakat dalam penulisan.
    Dan blog ini sangat cantik dan kemas.
    Sila-silalah pula jenguk blog saya ya~

  2. ; ) utk menjadi seorg yg bersyukur dan menghargai sesuatu, lihatlah pada org y lebih bwh pada kita..

    Jzkk atas peringatan ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s