BERBEZA ORANG DAHULU DENGAN SEKARANG

Alhamdulillah… tamat sudah suka duka di sana. Sekarang cuti 3 bulan pasti di isi dengan perkara-perkra yang berfaedah. Sebaik saja dapat tempat dalam kereta api, duduk dengan tenangnya. Ingatkan tiada sesiapa di sisi aku, samapai saja stesyen kereta api Kuala Lumpur, ada seorang pak cik dalam lingkungan 60-an duduk di sebelah aku.

 Pada mulanya aku berdiam sahaja, maklumlah penat menjinjit beg-beg bagasi yang agak berat untuk di bawa pulang ke rumah sempena cuti semester ini. Pasti berehat sebentar aku mahu sebaik mendapat tempat duduk yang agak selesa.

Perjalanan hampir sejam itu, telah pun di isi dengan perkongsian cerita hidup pak cik tersebut. Diberinya nama sebagai Pak Cik Omar. Dia mempunyai 9 orang anak. Semua dah berjaya cuma seorang sahaja tidak berjaya untuk menyambung pelajaran ke tempat lebih tinggi. Cara pakaiannya agak bersahaja. Rupa-rupanya penuh ilmu didada malah seorang petani yang berjaya bahkan seorang ayah yang tegas kepada anak-anaknya. Seorang suami yang berkaliber sudah pasti.

Dari kisah hidupnya sampai bab politik dikongsinya dengan aku. Antara kisah hidupnya yang sempat dicerita kepada aku. Dia mendidik anak-anaknya dengan sentiasa pandang ke hadapan. Antara pekerjaan anak-anaknya adalah tentera, pegawai kanan Felda, pegawai tadbir di KDN dan guru. Sebaik sahaja mendapat sebarang pekerjaan, memiliki sebuah rumah itu yang pertama. Aku pelik, kenapa bukan kereta seperti yang orang-orang muda lakukan. TIDAK! Membeli sebuah rumah itu penting sekali beserta sebidang tanah katanya kerana untuk masa depan generasinya juga. Kereta tidak menjamin masa depan. Tanah sangat menjamin. Sungguh, harga tanah sekarang ini pun harga sangat tinggi. Bukan macam zaman dahulu, siapa yang sudah bermandi keringat membersihkan tanah tersebut, itulah tanahnya. Boleh dikatakan, SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT.

Di samping itu, anak-anaknya dididik menjaga ikhtilat dengan betul. Setiap dari anak-anaknya yang berkahwin, semua Pak Cik Omar yang carikan. Sewaktu akad nikah baru pasangan mengenali diri masing-masing. Zaman sekrang, susah cari sebegitu kan.

Pak Cik Omar menyambung lagi, dia mempunyai perusahaan kelapa sawit, getah, ayam,itik, angsa, dan kambing. Sehari, boleh dikatakan sepapan biji telur ayam dikutipnya. Dia tidak menjual, malah membagi kepada penduduk kampung. Bila ada yang datang untuk membeli, barulah dijualnya. Setiapa kali majlis perkahwinan anaknya, kambing, ayam di reban dan kandangnya menjadi isi  perut para tetamu. Tidak perlu membeli lagi, usaha sendiri digunakannya.

Orang dahulu makan ayam belaan sendiri, itu sihat. Bukan ayam sekarang, cucuk sana sini. Orang dahulu tanam sayur-sayuran sendiri, guna baja tahi ayam sahaja. Bukan sayuran sekarang, bahan kimia sahaja yang melekat pada sayuran tersebut lalu masuk ke dalam perut kita. Orang dahulu makan ulam-ulam kampung, itu badan sihat. Zaman sekarang, makanan macam-macam ada dengan kandungan bahan kimia, itu sebab penyakit banyak datang kepada generasi sekarang. Obesiti lagilah.  Itu antara kata-katanya.semoga kita bertemu lagi pak cik. 🙂

 Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud:

“Bala yang pertama sekali berlaku kapada umat ini sesudah pemergian Nabi ialah kekenyangan perut. Sebab apabila sesuatu kaum itu kenyang perutnya maka akan gemuklah badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalelalah syahwatnya ” (HADIS RIWAYAT BUKHARI)

Image

Image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s