CATATAN TERAKHIR NOTA HIDUPKU

Image

Ramai yang bertanya kepada ana, kenapa meletakkan satu kata nama erti yang agak unik tetapi membawa maksud yang menyepih tajuk wordpress ana ini? Setiap kalimah yang di lafazkan oleh seseorang pasti membawa makna yang mendalam apabila hanya dia sendiri yang tahu apa erti disebalik kalimah tercipta itu. hehehe 😛

“CATATAN TERAKHIR NOTA HIDUPKU” ana nak maksudkan di sini bahawa setiap apa-apa yang ana cuba sampaikan dalam wordpress ana ini, MUNGKIN sekadar itu sahaja tazkirah atau kisah suka duka ana sendiri mahupun bersama para sahabat yang lain yang mampu ana sampaikan. Ia mungkin nampak BIASA-BIASA sahaja, CUBALAH  ambil pengajaran dari sini. Yang lebih baik, cuba di kongsikan bersama yang lain. Benda yang nampak biasa-biasa itu selalunya BESAR makna di sebaliknya. Contoh ana boleh bagi di sini, kita apabila ternampak sehelai kertas di atas jalan yang ramai manusia lalu lalang, kita MUNGKIN akan buat biasa-biasa sahaja. Kerana sehelai kertas sahaja, tiada erti pun buat kita. Itu kita pada hakikatnya nampak biasa sahaja pada sehelai kertas. Tak terlintas langsung untuk mengambil untuk dilihat. MUNGKINKAH disebalik kertas itu sebenarnya terdapat kalimah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tegar kita lihat kalimah Allah di pijak-pijak oleh kaki manusia ciptaan KHALIQ Yang Maha Agung itu sendiri? Tanya diri kita sendiri…

Bukanlah ana nak syadidkan disini bahawa WAJIB IKUT atau KONGSI apa-apa pengisian dalam wordpress ana ini. TIDAK SAMA SEKALI!!! Yang rasa terbaik, ambillah. Yang tidak baik, ditegur cara paling terbaik. Suka ana dengan ini:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang lebih baik”

SURAH AL-NAHL:125

HIKMAH membawa maksud perkataan yang tegas dan benar, yang dapat membezakan antara yang hak dan batil.

Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai oleh-Nya adalah orang yang paling banyak nasihatnya terhadap hamba-hamba Allah yang lain (Riwayat Ahmad).

Terkesan ana dengan ayat seorang penulis ini iaitu A.Ubaidillah Alias yang terkenal dengan novel islamik iaitu Warkah Cinta Berbau Syurga dan Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu terbitan PTS Litera bahawa “SELAGI MANA ILMU YANG KITA WARISKAN ITU DIPELAJARI DAN DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM SELAGI ITULAH KITA AKAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. ILMU DI DADA AKAN HILANG SEKIRANYA TIDAK DISAMPAIKAN ATAU DIWARISKAN DALAM BENTUK TULISAN.”

~Tidak akan hilang kalimah indah jika seseorang itu berusaha untuk menyebarkan ilmu walaupun sepotong ayat dari Al-Quran mahupun As-Sunnah.~

One thought on “CATATAN TERAKHIR NOTA HIDUPKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s