Jangan pernah mengharap ucapan “SELAMAT HARI LAHIR” “SANAH HELWAH” “HAPPY BIRTHDAY” dari para sahabat anda TETAPI harapkan lah DOA kebahagian dunia akhirat agar menjadi orang yang panjang umur yang sentiasa di bawah Rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dari sahabat anda.
Perkara pertama sekali hari ulangtahun masihi kita, bacakan SURAH AL-FATIHAH kepada kedua mak ayah kita agar mereka sentiasa di bawah Lindungan Rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
~BUKAN waktu hari ulang tahun kita saja,hehe, HARI-HARI…IN SHAA ALLAH… ~
Jangan mengharapkan ucapan, hadiah dari mak ayah kita.. kadang kala mereka terlupa kerana banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.. kan-kan?
Perkara kedua, cepat-cepat mesej mak kita, “ TERIMA KASIH mak, sebab sudi melahirkan anakmu ini dengan penuh kesakitan dan juga telah berjaya mendidik anakmu ini hingga sekarang.”
Perkara ketiga, mesej ayah kita pula. “ TERIMA KASIH ayah, kerana sudi menjaga dan mencari nafkah untuk anakmu ini untuk teruskan hidup.”
Kepada yang tak pernah megucapkan UNGKAPAN ini kepada mak dan ayah anda, SEGERAKAN!! “ Mak ayah anda akan fikir, buang tabiat ke anak aku ni ha?” Tidak mengapa, sekurang-kurangnya mak ayah kita tahu kita MENGHARGAI pengorbanannya selama ini. Hanya setiap wanita yang akan merasa pengalaman sakit susahnya melahirkan anak itu. Hanya setiap lelaki yang MENGHARGAI pengorbanan isteri dia, mak dia akan LEBIH menghargai wanita itu.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.
Allah telah berfirman dalam SURAH AL-LUQMAN: 14
“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun, bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada AKUlah kamu kembali.”
UNGKAPAN TERIMA KASIH KEPADA MAK AYAH KITA PADA SETIAP KALI ULANGTAHUN KELAHIRAN KITA ADALAH LEBIH BERMAKNA…
sdap kek 2…
alhamdulillah….. ukhti maziah yang belanja kek tu (^_^)