SELEMBUT ANGSANA.

Cuba kita lihat pada sebuah kehidupan yang lalu, ada masanya kenangan seperti  laut duri kita hadapi. Hadirnya pula bunga madu yang tidak disangka-sangka datang menerpa kehidupan kita. Itulah dinamakan asam garam kehidupan. Di atas dunia realiti ini, tiada seorang manusia pun tidak terlepas dari tarbiyah pengajaran dari Allah. Siapa kita untuk mengadili kesalahan seseorang itu bila kita melihat dia mendapat banyak mehnah untuk terus berdiri sebagai khalifah di bumi Allah ini. Sedangkan hakim dalam mahkamah belum tentu dapat berbuat adil  untuk menjatuhkan Sesuatu hukum. Seorang suami yang kahwin empat, belum tentu adil kepada semua isterinya dan anak-anaknya. Seorang ibu belum tentu adil dalam  memberi kasih sayang kepada anak kembarnya.

Jadi, siapa yang PALING ADIL?

Jawapanya adalah ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA beserta hukumNYA yang telah disyariatkan.

Berprasangka baik sangat perlu dalam menjalin sebuah pertalian persahabatan. Kadang-kadang hati kita terluka dengan sikap rakan kita yang berada di dalam kelas kerana menengking kita tidak menentu hala hanya kerana tidak bersetuju dengan pendapatnya. Merah padam wajah kita bila rakan lain melihat perbuatan kita yang kena tengking itu.

Ada juga sikap kawan ini yang suka mengambil kesempatan ke atas sikap kesabaran kita. Sengaja meninggi suara ke atas kita. Lama-lama ia menjadi satu kebiasaan baginya. Hati kita pula lama-lama menjadi hiris dan terus dihiris pedang kaca. Allah itu maha berkuasa, diajarnya Allah kepada hambaNYA supaya bersabar dan sentiasa berprasangka baik terhadap rakan kita itu. Mungkin dia nak berbuat lawak sahaja dengan kita atau mungkin dia mempunyai masalah dalam hidupnya. Kita pula menjadi mangsa kesabaran saja.

Bila kita ada diskusi  atau membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan bersama rakan-rakan, ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk segera disiapkan. Komitmen MASA paling penting dan BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk menyiapkannya. Bila ketua cakap pada jam ini, jam ini perlu berada di tempat kejadian, kita datang tepat pada masanya. Ketua yang memberi arahan pula yang datang lewat. MEMAAFKAN adalah yang terbaik. Di hari lainnya pula, kita dengan  tidak sengaja  telah datang agak kelewatan. Rakan-rakan yang lain pula datang awal dari kita, dimarahnya kita kerana datang tidak tepat waktu. Bersabarlah duhai hati. Manusia tidak pernah adil. KENAPA MANUSIA SELALU NAMPAK KESALAHAN KECIL ORANG LAIN TETAPI TAK NAMPAK KESALAHAN BESAR DIRINYA?

 

Janganlah kamu berasa sedih hati, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Inilah tarbiyah kehidupan untuk diri kita. Allah mahu kita belajar pelbagai ragam manusia terutama dalam persahabatan agar masa depan kita tahu cara untuk mendekati atau menjauhi seseorang rakan yang boleh membimbing kita ke arah kebahagian dunia dan akhirat kelak.

Janganlah pula tidak memaafkan kesalahan dia, tetapi berusahalah menasihati caranya. Mungkin itu adalah terbaik solusinya. Jangan pendam perasaan tidak puas hati itu sependam-pendamnya dalam hati. Carilah rakan lain yang kita percaya untuk meluahkan sedikit beban dalam hati itu agar terasa ada orang yang mahu bersama-sama merasa pahit kopi kita. Mungkin dia adalah rakan yang terbaik untuk kita. Siapa tahu? Orang yang kita tak sangka- sangka itu rupa-rupanya boleh membimbing kita kebaikan dunia akhirat rupanya. Berdo’a dan terus berdo’alah kpada Allah agar SI DIA mengerti perbuatannya terhadap kita selama ini rupa-rupanya SALAH.

Bagaimana kita mahu menerapkan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dalam persahabatan? SI DIA juga kena banyak membaca sirah-sirah sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam.  Cuba kita menghadiahkan 1 buku yang membawa tajuk ke arah persahabatan yang sejati. Mungkin sebuah lagu. Mungkin sebuah video pendek untuk ditonton bersama. Mungkin hadiah beserta nota pendek dalam hadiah tersebut tentang kata-kata persahabatan sejati. mungkin jawapan ada di tangan anda sendiri…

BERSABARLAH DUHAI HATI, INILAH TARBIYAH DARI ALLAH. BERSYUKURLAH SAAT DIRI DIUJI KERANA BELAJAR UNTUK MENDAPAT PENGAJARAN DALAM HIDUP. BERSYUKURLAH SAAT DIRI TELAH LEPAS DARI UJIAN ALLAH TERSEBUT KERANA ALLAH MENGAJAR ERTI KESABARAN DISITU.

Apabila hati berasa sedih dengan sikap kawan, SEGERAKAN beristighfar kepada Allah dan berprasangka baik. Menangislah andai hati mahu menangis, jika itu cara terbaik untuk jadi penawar hati dan teruskan berdo’a kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Di atas dunia diri sering diperkecil, di atas langit ada yang lebih tahu kerana DIA yang menciptakan hambaNYA.

Jadilah seperti bunga angsana yang ringan lagi putih berterbangan terawang-awangan di udara bila angin meniup ia menjadi bertambah baik untuk menambah percambahannya. Bukan sahaja bercambah malah membawa kebaikan kepada tempat lainnya pula itu. Jadilah sahabat seperti bunga angsana, memberi  kebaikan walau di mana jua berada.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s