PESTA BUKU INI KALILAH…. saya pencinta buku

Siapa sahaja yang tidak tahu pesta buku tahun ini telah diadakan pada 26.5.2013-5.5.2013. Lebih dikenali sebagai PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR atau nak bahasa tinggi lagi sebagai KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIRS. Ia telah dianjurkan oleh MBKM ( MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA) bersama KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Sememangnya perancangan kali ini telah ana susun rapi-rapi untuk pergi bersama kawan-kawan lama. Dari stesyen LRT Universiti, menuju ke stesyen LRT Masjid Jamek. Ini perkhidmatan PUTRA LRT. Selepas itu ambil perkhidmatan STAR LRT menuju ke PWTC. Kos baru RM3.20. Jimat, jimat…

Turun saja dari STAR LRT, ada jejantas menuju ke arah PWTC. Tak sesat sebab ikut saja belakang orang. Sebab itu musimnya, tidak sesat. Jangan risau. ^_^ Pertama kali ana jejak kaki menuju syurga buku ni.

Sampai, sampai saja, hati dah mula mengeluh sebab banyak “Booth” buku-buku dibuka. Tak tahu mana satu patut dituju dulu. Memang tak habis jalannya sebab tak mampu nak habiskan seluruh tenaga dalam masa sehari. Kena pergi 2 atau 3 kali pada pandangan ana.

Diskaun jangan ditanya, berbaloi pergi. Semua penerbit buku yang ana minat ana pergi seperti: PTS, GALERI ILMU, KEMILAU PUBLIKA, INTEM PUBLISHING, MUSTREAD, PUSTAKA AZHAR, TELAGA BIRU,AL-HIDAYAH berminat beli Tafsir Al-Quran. Banyak lagi.

Jalan dan jalan sambil lihat kiri dan kanan, tiba-tiba nampak penulis ini. SIAPA? Siapa lagi kalau bukan Hilal Asyraf. Ana minta autografnya. Ana beli buku “UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA” penulis Hilal Asyraf. Ditulisnya “SPECIAL FOR AKMA” dan tanda tangannya dibawah. Ana tahu, semua berkesempatan bertemu dengannya. Hehe n_n sempat juga bergambar dengannya bersama rakan-rakan lain.

Semasa asyik membelek-belek buku kat gerai KEMILAU PUBLIKA, terjumpa dengan seorang “brother” ni. Memang dia tengah jaga gerai tu pun. Namanya Encik Khairul Anwar. Salah seorang Editor KEMILAU PUBLIKA. Dengan muka agak merah padam, ana minta kad nama dia. Ditulisnya pada ana nama penuh, nombor telefon, email dia sebagai rujukan ana pada masa depan. Kenapa ana minta? ADALAH……..

Sempat juga ana berbual sebentar dengannya, katanya syarikat dia sukar untuk menerima penulis perempuan. SEBAB? Mereka pun tidak pasti kenapa. Itu ana akan buat kajian sikit. Antara penulis wanita yang ana nampak melonjak sekarang ini adalah Kak Fatimah Syarha. Paling ana kagumi dengan penulis novel ramaja iaitu HLOVATE. Semua orang tidak tahu sama ada dia seorang lelaki ataupun wanita. Hebat dia menggunakan nama samaran.

Tiba saja di gerai Galeri Ilmu, novel TUHAN LEBIH SAINTIFIK yang baru siap di cetak malam tadi dah siap. Memang ana beli. Diskaun ada, tak kisah.

Sememangnya ana hanya ada masa pada 26hb april itu saja. Sedih sebab tidak ketemu sama penulis lain iaitu: A.UBAIDILLAH ALIAS,PAHROL MOHD. JUOI, FATIMAH SYARHA, DR.FARHAN HADI,USTAZ HASRIZAL JAMIL, USTAZ MUHAMAD KAMIL IBRAHIM. Ramai lagi. Mungkin lain kali. Harapan selalu ada, Cuma PENENTUNYA ialah MASA.

Sampai sini dahulu coretan catatan terakhir ana untuk hari ini. Yang masih berkesempatan untuk pergi, rebutlah PELUANG KEEMASAN ini kerana PELUANG CUMA SEKALI.

^-^

2013-03-11 20.48.262013-03-11 20.46.55

6 thoughts on “PESTA BUKU INI KALILAH…. saya pencinta buku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s