PESTA BUKU PBAKL 2016

29 MEI 2016, hari pertama ke sana. Dari UIA Gombak, naik bas Rapid KL ke LRT Gombak, sampai KL Sentral terus ke kaunter Komuter guna Kad Pelajar KTM, dapat lah murah sikit tambang komuter untuk ke Serdang. Sampai KTM Serdang, lintas jejantas tunggu shuttle bus yang bertulis “BAS KHAS”. Tunggu punya tunggu, nampak banyak dah pelekat PBAKL kat bas, tapi bukan. Cari punya cari rupanya yang bertulis bas khas. nasib jumpa kawan baru time tu, tak kekok sangat.

TIKET

Sampai ja sana, teruja sebab MAEPS besar.. haha

Habiskan RM250 baucer buku, ada lah tambah sikit-sikit dalam RM40. Semua lebih kurang RM291 habiskan di sana. Berbaloi dengan diskaun-diskaun yang diberi. Memang minat buku-buku jenis sejarah, tentang kehidupan.

Misi mengumpul karya-karya HAMKA.

Balik dari MAEPS, sampai KL Sentral jumpa kawan baru lagi. Tak rugi menambah kawan baru.

BUKU

TravelogTinta_10:32am

BUKIT TABUR WEST

9 April 2016, bermulanya sesi pendakian ke Bukit Tabur arah West di Bukit Melawati. Semua target dalam 6.15 pagi selepas solat subuh gerak dari UIA. Dalam pukul 7 pagi dah mula mendaki. Alih-alih lebih kurang 7.20 kami mula. Biasalah tu janji-janji ni..hehe

Masa tu kami seramai 9 orang termasuk 3 orang lelaki. Bagi aku, kalau nak pergi tempat2 macam ni, better ada lelaki. Tak silap, sekarang siapa nak hiking ke situ, kena ada lesen. Maklumlah kan ada kes kematian kat situ. Salah seorang brother dari group kami ada. Heeee….

Arah west ni mencabar wooo, sebab dah rasa macam rock climbing, bukan hiking dah ni😀 batu-bata dia… tu dia… arah far east, extreme, aku tak sampai lagi. West ni pun sebab kawan-kawan yang nak pergi sangat. Hehe…

Mula cadang nak ke extreme or Secret Garden, salah seorang dari kami tak galakkan sebab ada antara kami yang beginner hiking ni. Sebab nak ke sana, kena bersedia untuk berlari kalau kena kejar dengan anjing😛

Sampai di puncak, jalan sikit-sikit, cari tempat lepak, seorang brother dalam group kami masak maggi dengan buat air the panas. Perghhh…. Memang sister2 yang lahap dulu, haha… lapar dia tu lain macam.

Turun, memang laju lah, nama pun menurun. Better pakai stoking 2 lapis, sebab menurun ni,kuku cepat mencengkam. Lagi better dapatkan nasihat pakar, pakai kasut yang sesuai untuk hiking lah.

Naik sini, memang curam. Tak dapat bayangkan, kalau tersilap langkah, boleh jatuh kena batu terus. Hati-hati ok. Tajdid niat. Jangan lupa jaga keindahan alam sekitar kita. Kat atas tu, pergh…. Putung rokok saja. Musykil….

Lepas dah selesai semua, kitaorang pekena cendol kat area kedai makan Melawati tu. Dari puncak Tabur, memang nampak keindahan kebiruan UIA. J Sebelah kanan, nampak keindahan Bukit Tabur, sebelah kiri nampak keindahan kota raya. LRT pun nampak aih. Ada ja yang dating sini sorang2, sebab track jalan tu satu tu ja. Lagipun hujung minggu memang ramai yang hiking sini. Sorang2 pun, akan jumpa kawan baru punya. Ada gak track yang kena tunggu sorang2. Yang bestnya, tak boring sebab mendaki jalan lain, turun jalan lain.

Pagi kitaorang pergi tu, agak kabus sikit, jadi pemandangan kurang clear. Bila nampak ja sungai tu, aish… rasa nak terjun ja J

Perasaan bila dah sampai puncak tu, Allah sahaja yang tahu… penat lelah dibalas dengan keindahan ciptaan Allah.

Next hiking???

TravelogTinta_11:16pm 26/4/16

 

BEBASKAN HATIMU

A person giving a beautiful red heart to another person.
A person giving a beautiful red heart to another person.

A glossy character is holding a beautiful red heart

PADAN MUKA!!!

Ada yang mengejek? Rasa sakit hati? Selalu kena tipu? Selalu berharap dengan janji sebaik-baik makhluk yang dicipta Allah?

PADAN MUKA!!!

Lepas tu keji diri sendiri. Salahkan orang lain. Salah sendiri nampak putih saja, hitam tak nampak langsung.

PADAN MUKA!!!

Sudahlah hati, gantikan prasangka negatif dengan prasangka positif.

Hati akan kuat bila kau letak 100% pergantungan hanya kepada Allah.

Rasa dendam, cemburu, marah, hasad dengki, sombong, semua yang mazmumah hilang sekelip mata kerana kau ingat pahala dari Allah.

Sekali kau kena tipu dengan manusia, gerenti kali kedua kau maafkan. Sebab kau ada hati lah!! Hati kau lembut nak maafkan orang lain.

Kena tipu sejuta kali pun, kau tetap maafkan dia sebab kau ada hati yang pemaaf. Lembut seperti salji yang mencair. Sebab kau berpura-pura menjadi pemaaf bukan? Sebab kau nak tunjuk dekat dia yang kau kuat.

Automatik kau jadi seorang pemaaf dalam ikhlas tak ikhlas yang lama-lama bertukar jadi SEORANG PEMAAF YANG IKHLAS😀

Semua orang berhak rasa bahagia. Rasa sedih, geram, kecewa, sorok dalam hati, kongsi dengan orang yang betul-betul kau percaya.

Ketepikan mazmumah, genggam mahmudah menuju syurga Allah.

TravelogTinta_9:55pm

NEGARA ISLAM YANG DIIMPIKAN KITA

Di celah-celah corong telinga kita masih kedengaran berita tentang ISIS ( Islamic State of Iraq and Syria) yang sedang berusaha untuk mendirikan sebuah negara Islam berteraskan khalifah. Umat Islam pada mulanya berasa seronok kerana ada sebuah gerakan yang akan mendirikan sebuah negara Islam yang benar-benar mengikut prinsip Islam yang mana akhirnya kita tertipu dengan cara mereka. Menculik, memenggal kepala atau bunuh terus sesiapa sahaja yang cuba masuk campur urusan mereka termasuk petugas media serta sesiapa yang tidak setuju dengan ideologi mereka untuk mendirikan negara khalifah. Sepatutnya kita sebagai penganut Islam cuba untuk menonjolkan keindahan Islam dengan menonjolkan peribadi yang baik, malah telah memburukkan imej Islam di mata bukan Islam. Sepertinya ISIS ini diwujudkan untuk menjatuhkan Islam itu sendiri tetapi bertopengkan Islam yang sebenar. Bukankah Rasulullah saw menghormati tawanan perang? Jika tidak, bagaimana Islam boleh tersebar kepada bukan Islam dengan luasnya.

Konsep jihad yang sebenar dalam Islam adalah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan untuk meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Semasa zaman Rasulullah saw dahulu, bermulanya dakwah secara rahsia kemudian barulah secara terang-terangan. Semasa dakwah secara terang-terangan inilah Rasulullah saw mendapat tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin. Walaupun begitu, masih terdapat antara mereka yang menerima ajaran Islam dengan hati terbuka seperti Abu Sufyan bin al-Harith, Suhail bin ‘Amr, al-Harith bin Hisyam,  Safuan bin Umayyah serta ‘Ikrimah bin Jahl. Kerana apa mereka menerima Islam, kerana akhlak utusan Allah itu sendiri Rasulullah saw seorang yang penyantun lagi tidak memaksa.

Kriteria negara Islam mestilah berlandaskan al-Quran dan as-Sunah sebagai pedoman bukannya dengan hanya merujuk undang-undang manusia yang digubal sendiri yang kadang kalanya lebih bersifat berat sebelah. Negara Islam bukanlah bersifat hanya tertumpu kepada satu kaum atau suku malah terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk bukan Islam kerana tiada paksaan dalam agama untuk memaksa orang bukan Islam terima Islam melainkan dengan hidayah yang mahal dari Allah sendiri dan peranan kita sebagai penganut agama Islam menunjukkan keindahan Islam. Selain itu, pemilihan pemimpin yang adil lagi luas ilmunya dalam selok-belok agama seperti Abu bakar as-Siddiq, Umar bin khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Umar bin Abdul Aziz sehinggalah terjadinya kejatuhan sistem khalifah pada zaman pemerintahan Kamal Atartuk iaitu pembelot agama. Jika ditanya kepada setiap orang Muslim golongan tua, pasti jawapannya mahu mengembalikan kembali negara Islam. Jika ditanya kepada anak muda sekarang, jawapannya pastilah ada yang gembira kerana mereka mengkaji dan mengerti manisnya negara berdasarkan khalifah manakala jawapan yang sedih dari anak muda ada yang tidak tahu malah lebih mendambakan hiburan dari barat.

Negara Islam didirikan berdasar musyawarah bukannya atas dasar kuasa raja malah bukannya turun temurun untuk memiliki hak perwarisan. Boleh jadi apabila tiba masa anaknya untuk mewarisi takhta tersebut, anaknya tidak adil malah tidak amanah dengan jawatan yang dipegang. Seperti yang kita lihat sekarang, berapa ramai ibu bapanya orang yang beriman malah anak-anaknya tidak seperti kedua orang tua mereka.

Negara Islam adalah melindungi yang tertindas, melindungi hak, memberi kebebasan dan negara yang berakhlak. Tidak dinafikan mereka yang berjihad di sana, sebenarnya ikhlas cuma tertipu dengan musuh Islam.

REVIEW Novel Api Tauhid (Habiburrahman El-Shirazy)

IMG_20150503_181541

Semasa pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ni, saja jalan-jalan ke booth terbitan al-Hidayah.  Tiba-tiba ternampak novel ni. harga asal RM24, dapat diskaun RM20 sahaja. Mana tak seronok diskaun kaw,kaw  punya. Lagipun buku ni terbitan pertama 2015, maksudnya buku barulah dari penulis Habiburrahman El-Shirazy ni untuk tahun ini.

Suka sangat penulisan beliau, pandai membuat pembaca terasa tak sabar-sabar nak habiskan novel beliau dalam masa yang singkat sahaja. Bab 1 saja, dah membuat kita tertanya-tanya, kenapa? Habis dia macam mana? Siapa penyebab? Alah macam tak pernah tertanya-tanya ja hampa ni :-/  hihi

Serius cakap, bab permulaan sahaja dah mula konflik cinta selepas nikah antara Fahmi dan Firdaus Nuzulu.  Dengan kehadiran Aysel dan Emel mahukan cinta Fahmi pula. Nak tahu kesudahan mereka, kena baca sendiri.

Tak rugi beli novel ni sebab di samping mengajar kita erti cinta yang jujur, secara tak langsung kita dapat tahu kisah sejarah Badiuzzaman Said Nursi (Keajaiban Zaman). Tak bosan baca sebab novel ni bukan bentuk bacaan semata-mata tetapi secara bentuk penceritaan. Novel ini kisah mahasiswa Universiti Islam Madinah pergi ke Turki untuk mengetahui sejarah tentang Said Nursi untuk memenuhi keperluan tesis mereka.

Di samping tu, tengah-tengah cerita, datang pula geng jahat untuk merebut Aysel. Tak pasai-pasai Fahmi jadi mangsa keadaan.  Suka sangat novel macam ni sebab kita dapat tahu sejarah kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Begitu juga novel 99 Cahaya Langit di Eropah. Kisah berkisah sejarah di Turki dan banyak lagi tempat. Sempat gak tengok filem ni kat you-tube yang dibintangi oleh Acha Septriasa dan Abimana. Tengok tempat-tempat yang dia tunjuk dalam filem ni, perghhhh….. terasa sekarang juga nak ke sana macam Vienna,Perancis kota cinta menara Eifel.

Selepas baca novel Api Tauhid ni, terasa tidak mahu ke Turki sekarang, malah aku telah pun sampai ke sana.😀

Kisah Badiuzzaman Said Nursi sebaiknya ditanam dalam minda anak-anak muda sekarang demi mempertahankan Islam. Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menjadikan al-Quran  dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

Baca, hayati, fahamkan🙂

TravelogTinta_9.59pm

Jangan Tunggu Esok

ibu kawanimut

“Ajwad! Ajwad!….. Mana ni? Tak dengar emak panggil?”

Azan yang sedang berkumandang melaungkan kalimah agung waktu subuh pun dia buat dengar tak dengar sahaja apatah lagi panggilan dari seorang insan bergelar ibu.

Lagu Night Changes nyanyian kumpulan One Direction dambaan anak muda sekarang yang sedang menghiburkan telinga Ajwad sampai ke subuh. Bukan main kuat lagi kenyaringannya walaupun sudah memakai peranti mp3 di telinganya.

“Bangun!” Sambil menepuk-nepuk bahu Ajwad. Sungguh si ibu terlalu merindukan solat berjemaah dengan anak tunggalnya.

“Nantilah, ngantuk lagi ni mak. 10 minit lagi ok?”

Terus meninggalkan bilik Ajwad dan seperti biasa, solat bersendirian.

*****

“Jom tolong mak bersihkan halaman belakang rumah boleh? Tinggi sangat lalang tu. Dah mengalahkan ketinggian dengan kau dah Ajwad.” Nada bergurau.

Bagus Ajwad mahu membantunya. Seronok hatinya dapat meluangkan masa bersama. Telefon pintar keluaran samsung model Galaxy Note Edge sentiasa di tangan walaupun ketika masuk ke dalam tandas. Bangga sungguh Ajwad dengan telefon pintarnya.

“Hah Ajwad tengok ni, labu yang mak tanam 2 bulan lepas, baru sekarang tumbuh subur. Boleh ambik dah ni.”

“Hurm……” Mata hanya fokus kepada telefon, kata-kata emaknya seperti kedengaran angin yang melintas.

“Jap mak, Ajwad nak tangkap gambar. Nak masukkan dalam instagram lepas tu nak share kat Facebook. Nak beritahu semua orang yang mak Ajwad ni pandai tanam labu.” Sengih hingga nampak akar gigi.

“Habis kalau labu ni buruk, tak subur, kau tak nak sharelah? Ingat, Allah yang menjadikannya. Zaman kau sangat maju Ajwad. Mak dulu kalau ada hal kecemasan, sanggup tunggang basikal tua Allahyarham atuk kau dulu semata-mata cari telefon awam. Sekarang hujung jari sajakan?”

“Maaf mak,Itulah yang membezakan zaman kita mak.” Nada bersahaja.

*****

Menanti hanya segelas air. Terbaring kerana demam yang amat, tak mampu untuk ke dapur. Ajwad muncul di sebalik kotak pintu sambil telefon dalam genggamannya.

“Nah mak, minumlah.” Sambil sibuk membalas komen, sambung berbual, ibu jari sambil sekejap ke atas, sekejap ke bawah di atas paparan skrin telefon pintarnya supaya tak terlepas mana-mana berita terbaru dari dunia mahupun dari rakan-rakannya.

Hanya mampu menggeleng kepala melihat perbuatan Ajwad. Ingatkan apabila dia sakit, sepenuh perhatian kasih sayang dari Ajwad hanya untuknya, salah sangkaannya, telefon pintar lagi diutamakan.

Perbualan melalui telefon.

“Mak! Kenapa semenjak Ajwad masuk universiti ni, Ajwad rasa makin susah ja belajar. Rasa macam tak masuk walaupun dah berjaga sampai lewat malam. Mak tak doakan Ajwad eah?”

Nada ketawa. “Memandai ja kau Ajwad. Tentulah doa mak sentiasa mengiringi kau sampai bila-bila pun.”

Sambil tersenyum mekar. Kadang-kadang hati terasa sedikit dengan perbuatan anaknya. Dia berusaha untuk menjadi seorang ibu yang cepat maafkan kesalahan anaknya, sebab tak mahu anaknya hilang redha dari Allah nanti.

“Mak jangan lupa doakan Ajwad taw, sayang mak. Muahhh….”

Hampir 15 minit berbual, lafaz wa’alaikumussalam disambut emaknya.

*****

Tepi parit sambil memancing dengan kawan baik sekampungnya.

“Entahlah Halimah, aku rasa zaman sekarang penuh tipu daya. Ajwad yang dulu aku didik betul-betul ikut prinsip Islam bermodelkan Rasulullah juga akhirnya meleset. Dia sibuk dengan komputer ribanya. Cerita apa entah dia pernah bagi tahu aku, running man, entah betul ke tak aku sebut ni. Macam dah kena sihir dadah ja aku tengok anak aku ni. Ketagih rupanya tengok cerita tu. Episod dah beratus dia ada. Sampikan aku panggil nak makan sekali pun, dia cuma cakap sekejap. Sampai aku dah habis makan, dia tak datang-datang juga.”

Luahan si ibu. Mak cik Halimah faham hati seorang ibu ini. Dia juga seorang perempuan yang sudah mempunyai 11 orang anak.

“Betullah tu, orang muda sekarang, nak yang terbaik ja. Nak yang cantik-cantik saja, sentiasa nak jadi penyebar berita yang pertama lebih dulu dari berita dalam televisyen. Entahkan yang mereka sebar tu, benar atau fitnah tak tahulah. Mak cik Halimah dengan nada geram.

  • Orang muda sekarang lebih takutkan dunia telefon pintar daripada dunia luar yang lebih luas cabarannya.
  • Sebab gajet, hubungan antara kekeluargaan menjadi semakin renggang. Malah dari banyak patah perkataan yang keluar, akhirnya yang tinggal hanya dua atau tiga patah perkataan malah ada juga yang diam tidak memberi sebarang respon langsung.
  • Agenda siapa yang mahu Islam mundur bermula dari anak muda lagi???
  • Syaitan akan membiarkan manusia memandang indah perkara yang jelik lagi buruk. Dengan sekali tusukan, syaitan laknatullah berjaya menghasut manusia jadi lalai selamanya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahan surah al-Hijr: 36-40

Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”. 15:36

 

Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.” 15:37

 

“Hingga ke hari – masa yang termaklum”. 15:38

 

Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” 15:39

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. 15:40

 

TravelogTinta_3:13petang

PERATURAN BUNGA

bunga layu

Sungguh bunga yang gugur

Tidak pernah membenci waktu

Kerana hukum alam yang menentukannya

Bunga yang dulu mekar jadi dambaan manusia

Layu gugur tidak lagi dihidu

 

Hadirnya sentiasa berharap pujian

Gugurnya masih bergantung pengharapan dipuja

 Begitulah manusia yang tidak ikhlas

Hanya beramal di depan umum

Dalam kesunyian terhenti seribu kebaikan

 

Biarlah kita jadi hamba  yang dipuji di atas

Di dunia tempat kita sebarkan kebahagiaan

Jangan kita diangkat manusia penuh keegoan

Di atas tidak pandang itu

Iman dan taqwa pengukur kita nanti

 TravelogTinta_11.30 malam

 

ISTAC IIUM

Pertama kali tengok gambar pemandangan ISTAC dekat Google Image, perghhh… hati dah rasa melekat. Nak pergi sangat, sebab terasa seperti hidup pada zaman Spain, Andalusia, Itali dulu. Haha memandai ja😛 Maklumlah seorang student yang tidak memiliki apa-apa kenderaan apatah lagi sebuah basikal untuk memudahkan perjalanan bila nak keluar dari main campus. Selalu naik pengangkutan awam, murah pun murah, jalan tak pernah menipu bila ikut flow yang betul sebab waze or sebagainya suka menyesatkan, haha…

Ingat jalan Duta, mesti tahu Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, Istana Negara, Masjid Wilayah…

PERGI

Cara pertama nak ke sana: Bas Rapid U83 tunggu dekat KL Sentral keluar kena menyeberangi NU Sentral. Bas U83 ni dari KL Sentral ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta. ISTAC betul-betul belakang Terminal bas Hentian Duta. Bila dah turun bas tu, kena jalan sikit nak masuk Hentian Duta, kemudian naik bukit jalan bukit sampai ISTAC. Best taw exercise😛 Sampai orang yang lalu lalang yang naik kereta kesian, tolong tumpangkan sampai depan pagar ISTAC tahu..

Kedua: Naik Komuter dari KL Sentral sehingga stesyen komuter Segambut. Kemudia naik teksi nak ke ISTAC.

Ketiga: Hanya perlu tunggu mini bas UIAM depan bangunan rectory untuk ke sana. Pagi pukul 8 untuk ke sana. Dari ISTAC ke UIAM Gombak balik, pada pukul 4 petang. Better tanya librarian UIAM Gombak sebelum nak tunggu bas tu. Jangan malu untuk bertanya.

Keempat: Naik pengangkutan sendirilah😛

BALIK

Ada ja teksi depan ISTAC, tahan, naik sampai turun terminal bas Hentian Duta kembali. Kemudian, jalan sikit, keluar dari Hentian Duta sampai depan Kompleks Kerajaan Jalan Duta untuk tunggu bas semula. U83 ke Kl Sentral. Sebab lama sangat perlu tunggu bas yang menuju KL Sentral, naik saja Rapid Bus B115 sehingga stesyen terakhir, Pasar Seni.

ISTAC beroperasi setiap hari Isnin-Jumaat. 8 pagi-5 petang. Cuma hari jumaat, rehat untuk solat jumaat, 12:15 tengah hari hingga 2.45 petang buka kembali.

Masa buka pintu yang unik tu, perghhh…. terasa seperti masuk villa kosong, sebab tak nampak manusia sangat, hanya terdapat beberapa pekerja yang kelihatan. Tapi sungguhlah, teruja kot masa buka pintu tu, sebab terasa seperti zaman dahulu. Nak tahu sejarah macam mana ISTAC boleh wujud, mohon search. Banyak dah orang kongsi.

Walaupun undergraduate tak boleh masuk, pinjam buku, apatah lagi nak tengok, hanya dibenarkan dalam 15 minit untuk melawat. Maksud d sini, library tu sahaja undergraduate tak boleh nak melebih-lebih, masuk,boleh ja ambil gambar. ISTAC ni memang dikhaskn untuk postgraduate yang buat research untuk Master dan PhD.

Satu lagi, rupa-rupanya ramai ja yang ambik photoshot gambar kahwin di sini. Memang cantik, terasa seperti di oversea. Haaaaa boleh dah nanti😛

IMG_20150206_095715IMG_20150206_095827IMG_20150206_095853IMG_20150206_100938IMG_20150206_100356IMG_20150206_101506IMG_20150206_101521IMG_20150206_101532IMG_20150206_102527IMG_20150206_102723IMG_20150206_102847IMG_20150206_103600 IMG_20150206_104332IMG_20150206_104408 IMG_20150206_110623IMG_20150206_110420IMG_20150206_104744IMG_20150206_111009IMG_20150206_105900IMG_20150206_105108IMG_20150206_105005IMG_20150206_105351IMG_20150206_105930IMG_20150206_110246 IMG_20150206_110949IMG_20150206_110957IMG_20150206_113103IMG_20150206_110827IMG_20150206_111027IMG_20150206_112744IMG_20150206_105940IMG_20150206_112638

Jangan pandang rendah kepada serangga atau haiwan..

main-w

– SERIGALA: Ketika lapar dan tidak dapat makanan buruan, berpura-pura mati lalu mengembungkan perutnya sehingga burung menyangka ia telah mati. Lalu diterkamnya burung tersebut.

– NYAMUK: Allah jadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran bagi orang yang tidak beriman. Surah al-Baqarah: 26.

– LALAT: Pada salah satu dari sayapnya ada penawar bila lalat terjatuh dalam minuman. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Apabila seekor lalat hinggap di tempat minum salah seorang daripada kalian, hendaklah ia menenggelamkannya ke dalam minuman tersebut, kerana salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat penawar.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

– LABAH-LABAH: Hebat dalam tipu daya. Buat jaring sebagai perangkap mangsanya dan bersembunyi ditengahnya. Apabila ada mangsa yang terperangkap, labah-labah terus hisap darah atau cecair mangsanya.

KISAH TAK SEMPURNA

Heart broken into pieces isolated on white

Hari ini AKU (Allah) hancurkan hatinya sehancur-hancurnya bagai logam yang melebur cair tanpa orang lain peduli betapa sakitnya leburan itu. Biarkan dia begitu, tiada siapa tahu hatinya pedih, perit. Itu kerana AKU (Allah) mahu dia semakin dekat dengan Aku. Selama ini dia dalam kealpaan dibuai janji yang tidak pasti. Mana mungkin AKU (Allah) biarkan hamba-hambaKU dalam kesedihan sendirian. Pasti sang pelangi akan muncul walaupun tidak tahu bila.

Manusia tidak pernah sempurna untuk menepati janji. Dalam doa seharian, dalam doa tahajud, doa yang sama dipohon kepada Sang Pencipta. Tanpa mengerti erti lelah.

Ingatlah! Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Dia sudah terbaik dalam hidup kita, cuma nama dia untuk kita dalam Luh Mahfuz sememangnya tidak tercatat. Bersyukurlah kerana Allah pinjamkan kepada kita untuk bertemu dengan  insan sebegitu baik dalam hidup kita walaupun sebentar.

Pergi tanpa meninggalkan sebarang sebab. Hanya meninggalkan kesan jejak dahulu. Marahnya dalam hati seperti “Mana ada tetamu yang datang ke rumah secara baik, lepas tu nak balik pergi tanpa meminta diri kepada tuan rumah?” Datang secara beradab, pergi pun kena beradab.

Datangnya kata kekuatan dari yang selalu memberi sokongan, mungkin dia ada sebab tersendiri yang tidak sampai hati untuk beritahu kita. Dia tak mahu kita kecewa. Cukuplah dia meninggalkan jejak tanpa sebaris kata. Mungkin dia juga kecewa kerana buat kita begitu. Tidak semua masalah, kita boleh kongsi bersama. Kadang-kadang, pendam itu lebih baik dari membiarkan orang lain tahu.

Jangan pernah berdendam dalam hidup, syurga bukan untuk mu seorang, tetapi semua. Bersangka baiklah, terima takdir seadanya. Dulu makin jauh dengan Allah, sekarang dekatkanlah dirimu kepada Sang Pencipta. Mungkin dengan ujian Allah ini, sebagai pengajaran untuk dirimu yang selama ini cakap tidak serupa bikin. Berdoalah yang terbaik juga untuk dirinya. Segera maafkan kesalahan seseorang. Selalu berfikiran positif. Segera lupakan segala-galanya. Mohonlah kepada Allah. Capai matlamat dirimu sekarang untuk persiapan ummah.

Segera belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang, orang ini akan hadir di saat terakhir apabila kita sudah hampir mengecap bahagia tersendiri. Lebur hati bukan? Ini bukan drama ok… Ini dari pengalaman seseorang… Ana hanya tukang taip… So, jangan pernah berjanji untuk janji yang tidak pernah pasti. Sebab janji ni untuk masa hadapan, sedangkan masa hadapan kita tak tahu apa-apa boleh terjadi. Cari cinta Allah dahulu baru manusia. Jangan pernah dekati maksiat.

Bangkitlah untuk janji yang pasti masa akan datang…
Rebahlah untuk janji yang dimungkiri yang mana tiada masa hadapan… TravelogTinta

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu_ Lirik Lagu JODOH PASTI BERTEMU-Afgan

images

“ Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.”

Surah al-Fusillat:30.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim)

Pelangi

TravelogTinta_2:21pm